Yesaya 45:7-19 Alkitab Berita Baik (BM)

7. Akulah yang menciptakan cahaya dan kegelapan;Akulah yang mendatangkan berkat dan malapetaka.Akulah TUHAN yang melakukan semuanya.

8. Aku akan menurunkan kemenangan seperti hujan dari langit;bumi terbuka untuk menerimanya,lalu tumbuhlah kebebasan dan keadilan,kerana Aku, TUHAN, akan melaksanakan hal ini.”

9. Malanglah orang yang membantah Penciptanya;orang itu seperti periuk yang melawan pembuatnya.Adakah tanah liat bertanya kepada tukang periuk,“Apakah yang engkau buat?”Bolehkah periuk mengadu bahawa pembuatnya itu tidak pandai?

10. Malanglah anak yang bertanya kepada ibu bapa,“Mengapakah saya dilahirkan begini?”

11. TUHAN, Allah Israel, Allah yang suci,TUHAN yang menentukan masa depan berfirman,“Kamu tidak berhak menyoal Aku tentang anak-anak-Ku,ataupun memberitahu Aku apa yang harus Aku buat.

12. Akulah yang menjadikan bumi,dan menciptakan manusia untuk mendiaminya.Dengan kuasa-Ku, Aku membentangkan langit;Aku menguasai matahari, bulan, dan bintang.

13. Akulah yang menggerakkan hati Kores supaya bertindak,untuk melaksanakan maksud-Ku dan menegakkan keadilan.Aku akan meratakan tiap-tiap jalan yang akan dilaluinya.Dia akan membina semula kota-Ku, Yerusalem,dan membebaskan umat-Ku yang ditawan,tanpa rasuah dan tanpa bayaran.”TUHAN Yang Maha Kuasa telah berfirman.

14. TUHAN berfirman kepada Israel,“Kamu akan memiliki kekayaan Mesir dan Etiopia,orang yang tinggi-tinggi dari Seba akan menjadi abdi kamu;mereka terbelenggu dan berjalan di belakang kamu.Mereka akan bersujud di hadapan kamu serta mengaku,‘Allah menyertai kamu, Dia satu-satunya Allah.

15. Allah Israel yang menyelamatkan umat-Nyaialah Allah yang menyembunyikan diri-Nya.

16. Semua orang yang membuat berhalaakan dipermalukan dan dihina.

17. Tetapi Israel akan diselamatkan oleh TUHAN,dan penyelamatannya kekal;umat-Nya tidak akan dipermalukan.’ ”

18. TUHAN yang menjadikan langit,Dialah Allah!Dia membentuk dan menjadikan bumi,Dia menjadikan bumi teguh.Dia menjadikan bumi tempat kediaman manusia,bukan suatu tempat yang lengang.Dialah yang berfirman, “Akulah TUHAN,dan tidak ada yang lain.

19. Aku tidak berfirman dengan cara rahsia,ataupun menyembunyikan maksud-Ku.Aku tidak menyuruh umat Israelmencari Aku dengan sia-sia.Akulah TUHAN, Aku tidak berdusta;Aku menyatakan hal yang benar.”

Yesaya 45