7. Siapakah dapat melakukan apa yang telah Kubuat?Siapakah dapat meramalkan apa yang akan berlakusejak permulaan hingga akhir zaman?
8. Janganlah takut, hai umat-Ku!Kamu tahu bahawa sejak dahulu hingga sekarangAku telah bernubuat tentang segala yang akan berlaku;kamulah saksi-saksi-Ku.Selain Aku, tiada yang lain,dan tiada pelindung lain yang belum Aku ketahui.”
9. Semua orang yang membuat berhala tidak berguna, dan dewa-dewa yang dipuja mereka pun tidak berguna. Mereka yang menyembah dewa-dewa itu buta dan tidak tahu apa-apa; oleh itu mereka akan dipermalukan.
10. Sia-sia sahaja membuat patung daripada logam lalu menyembahnya sebagai dewa!
11. Tiap-tiap orang yang menyembah patung itu akan dipermalukan. Orang yang membuat berhala itu manusia belaka. Suruhlah mereka menghadap Aku; pasti mereka akan takut dan dipermalukan.