Yesaya 44:23-28 Alkitab Berita Baik (BM)

23. Bersoraklah dengan ria, hai langit!Bersoraklah, hai tempat-tempat dalam di bumi!Bersoraklah dengan ria, hai gunung-ganang,dan hutan serta segala pokoknya!TUHAN telah menunjukkan kebesaran-Nyadengan menyelamatkan umat-Nya Israel.

24. “Akulah TUHAN Penyelamat kamu;Akulah yang menjadikan kamu.Akulah TUHAN Pencipta segala sesuatu.Aku sendiri yang membentangkan langit;Aku menciptakan bumi tanpa bantuan.

25. Aku mempermainkan tukang tilik,Aku menggagalkan ramalan ahli nujum.Aku membantah pendapat orang bijak,dan menyatakan bahawa kebijaksanaan mereka itu kebodohan.

26. Tetapi apabila hamba-Ku bernubuat,apabila Aku mengutus hamba-Ku untuk menyatakan rancangan-Ku,Aku melaksanakan nubuat dan rancangan itu.Aku berfirman bahawa Yerusalem akan didiami semula,dan kota-kota Yehuda akan dibina semula.Kota-kota itu akan bangkit daripada runtuhan.

27. Demi perintah-Ku, laut menjadi kering.

28. Aku berfirman kepada Kores, ‘Engkaulah yang akan memerintah bagi-Ku;engkau akan bertindak menurut kehendak-Ku:engkau akan memberikan perintah untuk membina Yerusalem semula,dan untuk meletakkan asas Rumah-Ku.’ ”

Yesaya 44