Yesaya 44:1-8 Alkitab Berita Baik (BM)

1. TUHAN berfirman,“Dengarlah, hai hamba-Ku Israel,hai umat pilihan-Ku, keturunan Yakub.

2. Akulah TUHAN yang telah menciptakan kamu,yang membentuk kamu semasa kamu dalam kandungan,dan Aku akan menolong kamu.Janganlah takut; kamu hamba-Ku,umat pilihan-Ku yang Aku kasihi.

3. Aku akan mencurahkan air pada tanah yang gersang,dan mengalirkan anak-anak sungai di tempat yang kering.Aku akan mencurahkan Roh-Ku pada anak-anak kamu,Aku akan memberkati keturunan kamu.

4. Mereka akan tumbuh subur seperti rumput di tempat yang berair,seperti pokok gandarusa di tepi sungai yang mengalir.

5. Seorang demi seorang akan berkata, ‘Aku milik TUHAN.’Mereka akan bergabung dengan umat Israel.Tiap-tiap orang akan menulis pada lengannya: Milik TUHAN,serta menyebut dirinya sebagai anggota umat Allah.”

6. TUHAN yang memerintah dan melindungi Israel,TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman,“Akulah yang pertama dan yang terakhir, Allah satu-satunya;selain Aku, tiada yang lain.

7. Siapakah dapat melakukan apa yang telah Kubuat?Siapakah dapat meramalkan apa yang akan berlakusejak permulaan hingga akhir zaman?

8. Janganlah takut, hai umat-Ku!Kamu tahu bahawa sejak dahulu hingga sekarangAku telah bernubuat tentang segala yang akan berlaku;kamulah saksi-saksi-Ku.Selain Aku, tiada yang lain,dan tiada pelindung lain yang belum Aku ketahui.”

Yesaya 44