20. Bahkan haiwan liar akan menghormati Aku,serigala dan burung unta akan memuji Akuapabila Aku mengalirkan anak-anak sungai di padang gurun,untuk memberikan minuman kepada umat pilihan-Ku.
21. Merekalah umat yang telah Kujadikan milik-Ku sendiri,mereka akan menyanyikan pujian untuk Aku.”
22. TUHAN berfirman,“Namun hai Israel, kamu telah bosan dengan Aku,kamu tidak lagi menyembah Aku.
23. Kamu tidak membawa domba sebagai korban untuk menyenangkan hati-Ku;kamu tidak menghormati Aku dengan korban yang kamu persembahkan.Padahal Aku tidak membebani kamu dengan meminta persembahanatau menyusahkan kamu dengan menuntut kemenyan.
24. Kamu tidak membeli dupa harum bagi-Ku,ataupun memuaskan Aku dengan lemak binatang yang kamu persembahkan.Sebaliknya kamu membebani Aku dengan dosa kamu;kamu menyusahkan Aku dengan kesalahan kamu.
25. Namun Aku ini Allah yang mengampunkan dosa kamu,dan Aku berbuat demikian kerana begitulah sifat-Ku.Aku tidak akan mengingat dosa kamu.
26. Marilah kita pergi ke mahkamah; ajukanlah tuduhan-tuduhan kamu!Adukan perkara kamu dan buktikan bahawa kamu tidak bersalah!
27. Nenek moyang kamu yang pertama telah berdosa;para pemimpin kamu pun berdosa terhadap Aku,
28. dan para imam kamu menajiskan tempat kediaman-Ku.Itulah sebabnya Aku membinasakan Israel,Aku membiarkan umat-Ku dihinakan.”