Yesaya 43:2-12 Alkitab Berita Baik (BM)

2. Apabila kamu menyeberangi laut yang dalam, Aku akan menyertai kamu;kamu tidak akan tenggelam dalam kesusahan.Apabila kamu melalui api, kamu tidak akan terbakar;kamu tidak akan dicelakakan oleh cubaan yang berat.

3. Akulah TUHAN, Allah kamu,Allah Israel, Allah yang suci, yang telah menyelamatkan kamu.Aku akan menyerahkan Mesir untuk menebus kamu;Aku akan menyerahkan Etiopia dan Seba untuk membebaskan kamu.

4. Aku akan menyerahkan bangsa-bangsa sebagai ganti nyawa kamu,kerana kamu berharga bagi-Ku,dan kerana Aku mengasihi serta mengendahkan kamu.

5. Janganlah takut, kerana Aku menyertai kamu.Dari timur dan baratAku akan membawa anak cucu kamu pulang.

6. Aku akan menyuruh negeri di utara melepaskan mereka,dan negeri di selatan membebaskan mereka.Biarlah umat-Ku pulang dari negeri-negeri jauh,dari segala pelosok dunia.

7. Merekalah umat-Ku,Aku telah menciptakan mereka untuk memuliakan Aku.”

8. Allah berfirman, “Perintahlah umat-Ku datang menghadap.Mereka mempunyai mata, tetapi buta;mereka mempunyai telinga, tetapi pekak!

9. Perintahlah semua bangsa dan suku berhimpun.Siapakah antara mereka dapat meramalkan masa depan,dan memberitahukan apa yang berlaku sekarang?Biarlah mereka menghadapkan saksi-saksiuntuk membuktikan bahawa mereka tidak bersalah,dan bahawa kata-kata mereka benar.

10. Hai umat Israel, kamulah saksi-Ku;Aku memilih kamu menjadi hamba-Kusupaya kamu mengenal Aku serta percaya kepada-Ku,dan mengerti bahawa Aku satu-satunya Allah.Selain Aku, tidak ada tuhan-tuhan lain;baik pada masa dahulu, mahupun pada masa akan datang.

11. Hanya Akulah TUHAN,Aku sahaja yang dapat menyelamatkan kamu.

12. Aku bernubuat tentang hal-hal yang akan berlaku,lalu Aku datang menolong kamu.Tiada dewa asing yang pernah berbuat hal seperti itu;kamulah saksi-Ku.

Yesaya 43