Yesaya 43:18-26 Alkitab Berita Baik (BM)

18. Tetapi TUHAN berfirman,“Jangan ingat akan peristiwa lalu,jangan kenang perkara yang sudah-sudah.

19. Perhatikanlah perkara baru yang akan segera Kulakukan.Lihatlah, Aku sudah pun memulakannya.Aku akan membina jalan di padang gurun,dan memberi kamu anak-anak sungai di padang pasir.

20. Bahkan haiwan liar akan menghormati Aku,serigala dan burung unta akan memuji Akuapabila Aku mengalirkan anak-anak sungai di padang gurun,untuk memberikan minuman kepada umat pilihan-Ku.

21. Merekalah umat yang telah Kujadikan milik-Ku sendiri,mereka akan menyanyikan pujian untuk Aku.”

22. TUHAN berfirman,“Namun hai Israel, kamu telah bosan dengan Aku,kamu tidak lagi menyembah Aku.

23. Kamu tidak membawa domba sebagai korban untuk menyenangkan hati-Ku;kamu tidak menghormati Aku dengan korban yang kamu persembahkan.Padahal Aku tidak membebani kamu dengan meminta persembahanatau menyusahkan kamu dengan menuntut kemenyan.

24. Kamu tidak membeli dupa harum bagi-Ku,ataupun memuaskan Aku dengan lemak binatang yang kamu persembahkan.Sebaliknya kamu membebani Aku dengan dosa kamu;kamu menyusahkan Aku dengan kesalahan kamu.

25. Namun Aku ini Allah yang mengampunkan dosa kamu,dan Aku berbuat demikian kerana begitulah sifat-Ku.Aku tidak akan mengingat dosa kamu.

26. Marilah kita pergi ke mahkamah; ajukanlah tuduhan-tuduhan kamu!Adukan perkara kamu dan buktikan bahawa kamu tidak bersalah!

Yesaya 43