Yesaya 43:15-28 Alkitab Berita Baik (BM)

15. Akulah TUHAN, Allah kamu, Allah yang suci.Akulah pencipta kamu, hai Israel, Akulah raja kamu.”

16. Dahulu TUHAN membuat jalan melalui laut,jalan melalui air yang bergelora.

17. Dia membinasakan pasukan tentera yang besar:pasukan berkereta kuda dan pasukan berkuda.Mereka jatuh, tidak dapat bangkit lagi;mereka mati seperti sumbu yang padam.

18. Tetapi TUHAN berfirman,“Jangan ingat akan peristiwa lalu,jangan kenang perkara yang sudah-sudah.

19. Perhatikanlah perkara baru yang akan segera Kulakukan.Lihatlah, Aku sudah pun memulakannya.Aku akan membina jalan di padang gurun,dan memberi kamu anak-anak sungai di padang pasir.

20. Bahkan haiwan liar akan menghormati Aku,serigala dan burung unta akan memuji Akuapabila Aku mengalirkan anak-anak sungai di padang gurun,untuk memberikan minuman kepada umat pilihan-Ku.

21. Merekalah umat yang telah Kujadikan milik-Ku sendiri,mereka akan menyanyikan pujian untuk Aku.”

22. TUHAN berfirman,“Namun hai Israel, kamu telah bosan dengan Aku,kamu tidak lagi menyembah Aku.

23. Kamu tidak membawa domba sebagai korban untuk menyenangkan hati-Ku;kamu tidak menghormati Aku dengan korban yang kamu persembahkan.Padahal Aku tidak membebani kamu dengan meminta persembahanatau menyusahkan kamu dengan menuntut kemenyan.

24. Kamu tidak membeli dupa harum bagi-Ku,ataupun memuaskan Aku dengan lemak binatang yang kamu persembahkan.Sebaliknya kamu membebani Aku dengan dosa kamu;kamu menyusahkan Aku dengan kesalahan kamu.

25. Namun Aku ini Allah yang mengampunkan dosa kamu,dan Aku berbuat demikian kerana begitulah sifat-Ku.Aku tidak akan mengingat dosa kamu.

26. Marilah kita pergi ke mahkamah; ajukanlah tuduhan-tuduhan kamu!Adukan perkara kamu dan buktikan bahawa kamu tidak bersalah!

27. Nenek moyang kamu yang pertama telah berdosa;para pemimpin kamu pun berdosa terhadap Aku,

28. dan para imam kamu menajiskan tempat kediaman-Ku.Itulah sebabnya Aku membinasakan Israel,Aku membiarkan umat-Ku dihinakan.”

Yesaya 43