Yesaya 42:20-25 Alkitab Berita Baik (BM)

20. Hai Israel, begitu banyak yang telah kamu lihat,tetapi alangkah sedikit yang kamu fahami.Kamu mempunyai telinga,tetapi kamu tidak mendengar.”

21. TUHAN sentiasa ingin menyelamatkan;Dia mahu hukum-Nya dihormati dan diagungkan.

22. Tetapi sekarang umat-Nya telah dijarah,mereka ditahan di dalam penjara bawah tanah,dan dikurung di dalam penjara.Mereka dirompak dan dijarah,tiada sesiapa pun menyelamatkan mereka.

23. Mahukah sesiapa mendengar?Mulai sekarang mahukah kamu mendengar baik-baik?

24. Siapakah yang menyerahkan Israel kepada tangan musuh?TUHAN sendiri, kerana kita telah berdosa terhadap-Nya!Kita tidak mahu hidup menurut kehendak-Nyaataupun mentaati ajaran-Nya.

25. Oleh itu Dia membiarkan kita merasakan kemurkaan-Nya,dan menderita keganasan peperangan.Seperti api, kemurkaan-Nya membakar seluruh Israel,namun kita tidak memahami apa yang telah berlaku;kita tidak belajar daripada pengalaman itu.

Yesaya 42