16. Aku akan memimpin umat-Ku yang butamelalui jalan yang belum pernah dilalui mereka.Aku akan mengubah kegelapan mereka menjadi cahaya,dan meratakan jalan yang berlekak-lekuk bagi mereka.Itulah hal-hal yang akan Kulakukan,Aku pasti melaksanakan segala-galanya.
17. Semua orang yang percaya kepada berhala,dan menganggap patung-patung sebagai dewaakan dihinakan dan dipermalukan.”
18. TUHAN berfirman, “Dengarlah, hai orang pekak!Lihatlah baik-baik, hai orang buta!
19. Adakah sesiapa yang lebih buta daripada hamba-Ku,atau lebih pekak daripada utusan-Ku?
20. Hai Israel, begitu banyak yang telah kamu lihat,tetapi alangkah sedikit yang kamu fahami.Kamu mempunyai telinga,tetapi kamu tidak mendengar.”
21. TUHAN sentiasa ingin menyelamatkan;Dia mahu hukum-Nya dihormati dan diagungkan.