12. Hendaklah orang yang tinggal di negeri-negeri jauhmemuji dan memuliakan TUHAN!
13. TUHAN maju berperang seperti seorang pahlawanyang penuh semangat untuk berperang.Dia memekik sebagai isyarat perang;Dia menunjukkan keperkasaan-Nya terhadap musuh.
14. Allah berfirman, “Sudah lama Aku membisu;Aku diam dan menahan diri.Tetapi sekarang tibalah saatnya untuk bertindak;Aku akan berteriak seperti perempuan yang hendak bersalin.
15. Aku akan membuat gunung dan bukit menjadi tandus,dan melayukan segala tumbuhan dan rumputnya.Aku akan mengubah sungai di lembah menjadi padang gurun,dan mengeringkan kolam-kolam air.
16. Aku akan memimpin umat-Ku yang butamelalui jalan yang belum pernah dilalui mereka.Aku akan mengubah kegelapan mereka menjadi cahaya,dan meratakan jalan yang berlekak-lekuk bagi mereka.Itulah hal-hal yang akan Kulakukan,Aku pasti melaksanakan segala-galanya.
17. Semua orang yang percaya kepada berhala,dan menganggap patung-patung sebagai dewaakan dihinakan dan dipermalukan.”
18. TUHAN berfirman, “Dengarlah, hai orang pekak!Lihatlah baik-baik, hai orang buta!
19. Adakah sesiapa yang lebih buta daripada hamba-Ku,atau lebih pekak daripada utusan-Ku?
20. Hai Israel, begitu banyak yang telah kamu lihat,tetapi alangkah sedikit yang kamu fahami.Kamu mempunyai telinga,tetapi kamu tidak mendengar.”
21. TUHAN sentiasa ingin menyelamatkan;Dia mahu hukum-Nya dihormati dan diagungkan.
22. Tetapi sekarang umat-Nya telah dijarah,mereka ditahan di dalam penjara bawah tanah,dan dikurung di dalam penjara.Mereka dirompak dan dijarah,tiada sesiapa pun menyelamatkan mereka.
23. Mahukah sesiapa mendengar?Mulai sekarang mahukah kamu mendengar baik-baik?
24. Siapakah yang menyerahkan Israel kepada tangan musuh?TUHAN sendiri, kerana kita telah berdosa terhadap-Nya!Kita tidak mahu hidup menurut kehendak-Nyaataupun mentaati ajaran-Nya.
25. Oleh itu Dia membiarkan kita merasakan kemurkaan-Nya,dan menderita keganasan peperangan.Seperti api, kemurkaan-Nya membakar seluruh Israel,namun kita tidak memahami apa yang telah berlaku;kita tidak belajar daripada pengalaman itu.