Yesaya 41:19-29 Alkitab Berita Baik (BM)

19. Di padang gurun Aku akan menumbuhkan pokok sedar,pokok akasia, pokok kemunting, dan pokok zaitun.Tanah yang gondol akan menjadihutan pokok pain, pokok juniper, dan pokok sipres.

20. Maka semua orang akan melihatnya dan mengetahuibahawa Aku, TUHAN,yang melakukannya.Mereka akan memperhatikan dan mengertibahawa Allah Israel, Allah yang suci telah melakukannya.”

21. Demikianlah TUHAN, raja Israel berfirman,“Hai dewa bangsa-bangsa, ajukanlah perkara kamu,dan kemukakanlah alasan-alasannya!

22. Marilah dan ramalkanlah hal yang akan berlaku,supaya kami tahu ketika perkara itu berlaku.Terangkanlah kejadian masa lampau,dan jelaskanlah ertinya kepada kami.

23. Ramalkanlah hal-hal yang akan berlaku,supaya kami tahu bahawa kamu benar-benar ilahi!Lakukanlah sesuatu yang baik, atau sesuatu yang jahat;supaya kami tercengang ketakutan!

24. Kamu dan perbuatan kamu tidak bererti apa-apa;orang yang menyembah kamu menjijikkan sahaja.

25. Aku telah menggerakkan hati seorang dari timur;Aku akan menyebabkan dia melancarkan serangan dari utara.Dia akan menginjak-injak para penguasa seolah-olah mereka lumpur,seperti tukang periuk menginjak-injak tanah liat.

26. Siapakah antara kamu pernah meramalkan perkara ini,supaya kami tahu bahawa ramalan kamu tepat?Tiada sesiapa pun antara kamu yang meramalkan hal ini!Tiada seorang pun mendengar kamu mengatakan apa-apa!

27. Aku TUHAN, Akulah yang pertama memberitakan hal itu kepada Sion;Aku menghantar utusan ke Yerusalem untuk menyampaikan berita baik,‘Lihatlah bangsa kamu datang! Lihatlah mereka pulang!’

28. Apabila Aku memandang dewa-dewa itu,tiada yang mengatakan apa-apa,tiada yang dapat menjawab pertanyaan-Ku.

29. Semua dewa itu tidak berguna,tidak dapat berbuat apa-apa.Dewa-dewa itu patung sahaja,lemah dan tidak berdaya.”

Yesaya 41