Yesaya 41:15-26 Alkitab Berita Baik (BM)

15. Aku akan menjadikan kamu seperti papan pengirikyang baru, tajam, dan bergigi.Kamu akan mengirik gunung dan memusnahkannya;bukit-bukit pun akan hancur menjadi debu.

16. Kamu akan menampi semuanya,lalu semua itu diterbangkan angin,dan dihamburkan taufan.Lalu kamu akan bersukacita kerana Aku Allah kamu;kamu akan memuji Aku,Allah Israel, Allah yang suci.

17. Ketika umat-Ku yang sengsara memerlukan air,ketika tekak mereka kering kerana kehausan,Aku, TUHAN akan mengabulkan doa mereka;Aku, Allah Israel, tidak sekali-kali akan meninggalkan mereka.

18. Aku akan menyebabkan sungai mengalir di bukit-bukit yang gondol,dan mata air memancar di lembah-lembah.Aku akan mengubah padang gurun menjadi kolam-kolam airdan air memancar dari tanah yang kering.

19. Di padang gurun Aku akan menumbuhkan pokok sedar,pokok akasia, pokok kemunting, dan pokok zaitun.Tanah yang gondol akan menjadihutan pokok pain, pokok juniper, dan pokok sipres.

20. Maka semua orang akan melihatnya dan mengetahuibahawa Aku, TUHAN,yang melakukannya.Mereka akan memperhatikan dan mengertibahawa Allah Israel, Allah yang suci telah melakukannya.”

21. Demikianlah TUHAN, raja Israel berfirman,“Hai dewa bangsa-bangsa, ajukanlah perkara kamu,dan kemukakanlah alasan-alasannya!

22. Marilah dan ramalkanlah hal yang akan berlaku,supaya kami tahu ketika perkara itu berlaku.Terangkanlah kejadian masa lampau,dan jelaskanlah ertinya kepada kami.

23. Ramalkanlah hal-hal yang akan berlaku,supaya kami tahu bahawa kamu benar-benar ilahi!Lakukanlah sesuatu yang baik, atau sesuatu yang jahat;supaya kami tercengang ketakutan!

24. Kamu dan perbuatan kamu tidak bererti apa-apa;orang yang menyembah kamu menjijikkan sahaja.

25. Aku telah menggerakkan hati seorang dari timur;Aku akan menyebabkan dia melancarkan serangan dari utara.Dia akan menginjak-injak para penguasa seolah-olah mereka lumpur,seperti tukang periuk menginjak-injak tanah liat.

26. Siapakah antara kamu pernah meramalkan perkara ini,supaya kami tahu bahawa ramalan kamu tepat?Tiada sesiapa pun antara kamu yang meramalkan hal ini!Tiada seorang pun mendengar kamu mengatakan apa-apa!

Yesaya 41