4. Timbusilah tiap-tiap lembah;ratakanlah tiap-tiap gunung.Bukit-bukit akan menjadi dataran,dan tanah yang lekak-lekuk akan diratakan.
5. Lalu keagungan TUHAN akan dinyatakan,dan segenap umat manusia akan menyaksikannya.TUHAN sendiri telah menjanjikannya.”
6. Terdengar suara orang berseru,“Isytiharkanlah berita ini!”“Berita apa yang harus kuisytiharkan?” aku bertanya.“Isytiharkanlah bahawa manusia bagaikan rumput;mereka seperti bunga yang tidak tahan lama.
7. Rumput menjadi kering dan bunga pun layu,apabila TUHAN menghembuskan angin yang panas.Manusia juga sama seperti rumput.
8. Rumput menjadi kering dan bunga pun layu,tetapi firman Allah kita kekal selama-lamanya.”
9. Hai Yerusalem, naiklah ke atas gunung yang tinggidan isytiharkanlah berita baik!Hai Sion, berserulah dengan suara yang lantangdan umumkanlah berita baik!Berserulah dan jangan takut.Beritahulah kota-kota di Yehudabahawa Allah mereka akan datang!
10. TUHAN Raja datang untuk memerintah dengan kekuasaan,Dia akan membawa umat yang telah diselamatkan-Nya.
11. Dia akan menjaga umat-Nya seperti seorang gembala;Dia akan mengumpulkan dan mendukung anak-anak domba,dan dengan lemah lembut, memimpin induk-induk domba.
12. Siapakah dapat menyukat air laut dengan lekuk tangannya,atau mengukur langit dengan jengkal?Siapakah yang dapat menyukat tanah bumi ini dengan cawan,atau menimbang berat gunung dan bukit dengan dacing?
13. Siapakah dapat mengarahkan TUHAN,dan siapakah dapat mengajar dan menasihatkan Dia?
14. Dengan siapakah Dia berundingsupaya mendapat pengetahuan dan pengertian?Siapakah yang memberi Dia petunjukuntuk bertindak dengan adil?
15. Bagi TUHAN, bangsa-bangsa seperti setitis air dalam timba,seperti sebutir debu pada neraca;pulau-pulau sama ringan dengan debu halus.
16. Semua binatang di hutan Lebanontidak cukup untuk dijadikan korban untuk menyenangkan hati Allah kita,dan pokok-pokok di sana tidak cukup untuk dijadikan kayu api.
17. Bangsa-bangsa tidak bererti bagi-Nya,seolah-olah tidak wujud di hadapan-Nya.