28. Tidakkah kamu tahu? Belumkah kamu mendengar?TUHAN ialah Allah yang kekal;Dialah yang menciptakan seluruh bumi.Dia tidak pernah letih atau lesu.Tiada sesiapa pun dapat menyelami fikiran-Nya.
29. Dia menguatkan orang yang lemah,dan memberikan kekuatan kepada orang yang tidak berdaya.
30. Orang muda pun menjadi letih dan lesu;anak muda pun jatuh kerana keletihan.
31. Tetapi orang yang berharap kepada TUHANakan mendapat kekuatan baru.Mereka seperti burung rajawali,yang terbang tinggi dengan kekuatan sayapnya.Mereka akan berlari dan tidak lelah;mereka akan berjalan dan tidak menjadi lemah.