Yesaya 40:26-30 Alkitab Berita Baik (BM)

26. Pandanglah ke langit dan perhatikanlah!Siapakah yang menciptakan bintang-bintang?Dia yang menyuruh bintang keluar seperti pasukan askar,Dia tahu akan jumlahnya, dan memanggil nama setiap bintang!Kuasa-Nya amat besar -tidak satu bintang pun yang hilang!

27. Jika demikian, hai Israel, mengapakah kamu mengeluh,bahawa TUHAN tidak tahu akan kesusahan kamu,dan tidak mempedulikan hak kamu?

28. Tidakkah kamu tahu? Belumkah kamu mendengar?TUHAN ialah Allah yang kekal;Dialah yang menciptakan seluruh bumi.Dia tidak pernah letih atau lesu.Tiada sesiapa pun dapat menyelami fikiran-Nya.

29. Dia menguatkan orang yang lemah,dan memberikan kekuatan kepada orang yang tidak berdaya.

30. Orang muda pun menjadi letih dan lesu;anak muda pun jatuh kerana keletihan.

Yesaya 40