Yesaya 38:7-20 Alkitab Berita Baik (BM)

7. Yesaya menjawab, “TUHAN akan memberi tuanku satu tanda untuk membuktikan bahawa Dia akan menepati janji-Nya.

8. TUHAN akan membuat bayangan penunjuk jam matahari yang dibina oleh Raja Ahas, undur sepuluh garis.” Maka undurlah bayangan itu sepuluh garis.

9. Selepas Raja Hizkia sembuh, baginda menulis lagu pujian ini:

10. Kufikir, pada puncak hidupku,aku akan pergi ke dunia orang mati,dan hari tua tidak dapat kualami.

11. Kufikir, di dunia orang hidupaku tidak akan memandang TUHAN lagi,atau sesiapa orang yang masih hidup.

12. Nyawaku putus, nafas terakhir kuhembus,seperti khemah gembala digulung,seperti kain dipotong dari alat penenun.Kusangka Allah akan mengakhiri hidupku.

13. Sepanjang malam aku berteriak kesakitan,seolah-olah singa sedang mematahkan tulangku.Kufikir Allah akan mengakhiri hidupku.

14. Suaraku redam dan lemah,aku mengeluh seperti burung merpati.Mataku penat kerana memandang ke langit.Ya Tuhan, selamatkan aku daripada segala kesusahan ini.

15. Apakah yang dapat kukatakan? TUHAN telah melakukannya.Hatiku pedih dan aku tidak dapat lena.

16. Ya Tuhan, aku rela hidup untuk-Mu, dan untuk-Mu sahaja.Sembuhkanlah aku dan biarlah aku hidup.

17. Lalu kepedihanku akan menjadi ketenteraman.Engkau menyelamatkan aku daripada segala bahaya;Engkau mengampunkan segala dosaku.

18. Tiada sesiapa pun di alam maut yang dapat memuji-Mu;orang mati tidak dapat mengharapkan kesetiaan-Mu.

19. Hanya orang hidup yang memuji Engkau,seperti sekarang aku memuji Engkau.Bapa menceritakan kesetiaan-Mu kepada anak mereka.

20. Engkau telah menyembuhkan aku, ya TUHAN.Kami akan memainkan kecapi dan menyanyikan pujian,seumur hidup kami di Rumah TUHAN.

Yesaya 38