Yesaya 34:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Marilah, hai semua bangsa! Berkumpullah dan dengarlah! Hendaklah seluruh bumi dan setiap orang yang mendiaminya datang dan mendengar.

2. TUHAN murka terhadap semua bangsa dan angkatan tentera mereka. Dia akan menghukum dan membinasakan mereka.

3. Mayat mereka tidak akan dikebumikan, tetapi dibiarkan membusuk. Gunung-gunung akan menjadi merah kerana dibanjiri darah.

4. Matahari, bulan, dan bintang akan hancur. Langit akan lenyap, seolah-olah digulung seperti gulungan naskhah. Bintang-bintang akan jatuh seperti daun gugur dari pokok anggur atau pokok ara.

Yesaya 34