Yesaya 32:15-20 Alkitab Berita Baik (BM)

15. Tetapi sekali lagi Allah akan datang dengan kuasa-Nya. Maka tanah yang tandus akan menjadi subur, dan ladang akan mengeluarkan hasil yang banyak.

16. Di serata negeri akan terdapat kejujuran dan keadilan.

17. Negeri itu akan menjadi aman dan tenteram selama-lamanya kerana tiap-tiap orang melakukan apa yang benar.

18. Umat Allah tidak perlu khuatir lagi, dan rumah mereka akan menjadi aman dan selamat,

19. walaupun hutan akan ditimpa hujan batu dan kota akan runtuh sama sekali.

20. Alangkah bahagianya semua orang kerana air untuk tanaman akan berkelimpahan, dan padang rumput menjadi tempat yang aman bagi keldai dan lembu.

Yesaya 32