12. Tebahlah dada dengan sedih, kerana ladang yang subur dan ladang anggur kamu telah musnah.
13. Sekarang semak dan belukar berduri tumbuh di tanah bangsaku. Tangisilah rumah-rumah tempat orang bersukaria, dan kota yang penuh kesibukan.
14. Bahkan istana pun akan ditinggalkan dan ibu kota menjadi lengang. Bukit-bukit dan menara-menara pengawal akan runtuh selama-lamanya. Keldai liar dan domba akan berkeliaran dan merumput di sana.
15. Tetapi sekali lagi Allah akan datang dengan kuasa-Nya. Maka tanah yang tandus akan menjadi subur, dan ladang akan mengeluarkan hasil yang banyak.
16. Di serata negeri akan terdapat kejujuran dan keadilan.