1. Malanglah kerajaan Israel! Kemuliaannya telah pudar seperti karangan bunga yang layu di atas kepala pemimpin-pemimpinnya yang mabuk. Malanglah kota yang menjulang tinggi di tengah lembah subur, kebanggaan orang yang terbaring mabuk dan tidak sedar lagi.
2. Lihatlah, Tuhan mengutus seorang yang kuat dan perkasa, siap untuk menyerang mereka; seorang yang akan datang seperti angin ribut disertai hujan batu, seperti hujan lebat, dan seperti air bah yang membanjiri tanah. Dia menghempaskan mereka ke tanah.
3. Kehormatan pemimpin-pemimpin yang mabuk itu akan diinjak-injak.
4. Kemuliaan para pemimpin yang sombong sudah mulai pudar dan akan lenyap. Kesudahan mereka seperti buah ara yang masak sebelum musim buah; sebaik sahaja dilihat orang, buah itu dipetik lalu dimakan.