2. Pada hari itu TUHAN akan berfirman tentang ladang anggur-Nya yang indah,
3. “Aku menjaga ladang itu dan selalu menyiramnya. Aku menjaganya siang malam supaya tiada seorang pun dapat mengganggunya.
4. Aku tidak murka lagi terhadap ladang itu. Jika terdapat duri dan belukar di situ, Aku akan membakarnya habis-habis.
5. Tetapi jika musuh umat-Ku menghendaki perlindungan-Ku, biarlah mereka berdamai dengan Aku. Ya, biarlah mereka berdamai dengan Aku.”
6. Pada masa hadapan, umat Israel iaitu keturunan Yakub akan berakar seperti sebatang pokok, dan mereka akan bertunas serta berbunga. Bumi akan dipenuhi buah-buah mereka.
7. Israel belum pernah dihukum oleh TUHAN seberat musuh mereka. Mereka juga belum pernah kehilangan begitu banyak rakyat seperti musuh mereka.