Yesaya 26:3-8 Alkitab Berita Baik (BM)

3. Engkau, TUHAN, memberikan kedamaian dan kesejahteraankepada orang yang teguh hati,kerana mereka percaya kepada-Mu.

4. Percayalah kepada TUHAN selama-lamanya;Dia akan sentiasa melindungi kita.

5. Dia telah merendahkan orang yang sombong;Dia memusnahkan kota kukuh yang didiami mereka,dan meruntuhkan temboknya sehingga rata dengan tanah.

6. Orang yang miskin dan sengsaraakan memijak-mijaknya.

7. Jalan yang ditempuh orang baik itu lurus,kerana Engkau, TUHAN, meluruskannya bagi mereka.

8. Kami menurut kehendak-Mu dan berharap kepada-Mu;hanya Engkau yang kami rindui.

Yesaya 26