Yesaya 26:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Masanya akan tiba apabila orang menyanyikan lagu ini di tanah Yehuda:Kota kita kuat!Allah yang membela temboknya!

2. Bukalah pintu-pintu gerbang kota,supaya masuk bangsa-bangsa yang setia,yang rakyatnya melakukan kehendak Allah.

3. Engkau, TUHAN, memberikan kedamaian dan kesejahteraankepada orang yang teguh hati,kerana mereka percaya kepada-Mu.

4. Percayalah kepada TUHAN selama-lamanya;Dia akan sentiasa melindungi kita.

5. Dia telah merendahkan orang yang sombong;Dia memusnahkan kota kukuh yang didiami mereka,dan meruntuhkan temboknya sehingga rata dengan tanah.

6. Orang yang miskin dan sengsaraakan memijak-mijaknya.

Yesaya 26