Yesaya 24:7-12 Alkitab Berita Baik (BM)

7. Pokok anggur akan layu, dan wain akan berkurangan. Orang yang dahulu bersukacita, sekarang berdukacita.

8. Muzik gembira daripada kecapi dan rebana tidak kedengaran lagi.

9. Tiada lagi orang yang minum wain sambil bernyanyi; tiada lagi orang yang menikmati minuman keras.

10. Seluruh kota menjadi kacau-bilau. Semua orang mengunci pintu rumah untuk keselamatan.

11. Orang berteriak-teriak di jalan kerana kehabisan wain. Kebahagiaan telah dihapuskan dari bumi selama-lamanya.

12. Kota telah musnah, dan pintu-pintu gerbangnya sudah roboh.

Yesaya 24