Yesaya 24:5-8 Alkitab Berita Baik (BM)

5. Bumi tercemar kerana manusia melanggar hukum-hukum Allah dan telah memungkiri perjanjian yang dibuat oleh Allah dengan mereka untuk selama-lamanya.

6. Oleh itu Allah telah mengutuk bumi. Manusia akan menerima balasan bagi perbuatan mereka, dan orang yang terselamat kian lama kian sedikit.

7. Pokok anggur akan layu, dan wain akan berkurangan. Orang yang dahulu bersukacita, sekarang berdukacita.

8. Muzik gembira daripada kecapi dan rebana tidak kedengaran lagi.

Yesaya 24