1. TUHAN akan memusnahkan bumi sehingga menjadi tandus dan sepi. Dia akan membalikkan permukaan bumi dan mencerai-beraikan penduduknya.
2. Tiap-tiap orang akan menemui kesudahan yang sama - imam dan rakyat, hamba dan tuan, pembeli dan penjual, peminjam wang dan orang yang meminjamkan wang, yang kaya dan yang miskin.
3. Bumi akan hancur dan musnah. TUHAN telah berfirman dan hal itu pasti berlaku.
4. Bumi akan kering dan layu; seluruh dunia akan menjadi lemah; langit dan bumi akan rosak.
5. Bumi tercemar kerana manusia melanggar hukum-hukum Allah dan telah memungkiri perjanjian yang dibuat oleh Allah dengan mereka untuk selama-lamanya.
6. Oleh itu Allah telah mengutuk bumi. Manusia akan menerima balasan bagi perbuatan mereka, dan orang yang terselamat kian lama kian sedikit.
7. Pokok anggur akan layu, dan wain akan berkurangan. Orang yang dahulu bersukacita, sekarang berdukacita.