1. Inilah perkhabaran TUHAN tentang Tirus.Merataplah, hai pelaut-pelaut Sepanyol di laut! Kota kamu di Tirus sudah dimusnahkan. Rumah dan pelabuhan kamu sudah menjadi reruntuhan. Kamu mendengarnya ketika kamu bertolak dari Siprus.
2. Menangislah, hai saudagar-saudagar dari Sidon! Kamu yang menyuruh orang
3. ke seberang laut untuk berjual-beli gandum dari Mesir dan untuk berdagang dengan semua bangsa.
4. Kota Sidon telah dipermalukan! Laut serta samudera raya enggan mengakui engkau, dan berkata, “Aku tidak mempunyai anak. Aku tidak pernah membesarkan anak lelaki atau anak perempuan.”
5. Bahkan orang Mesir pun akan terperanjat dan tawar hati apabila mendengar bahawa Tirus sudah dimusnahkan.
6. Merataplah dan larilah ke Sepanyol, hai penduduk kawasan pantai!
7. Inikah kota Tirus yang sentiasa bersukacita, yang dibina sejak zaman dahulu kala? Inikah kota yang mengutus orang ke seberang laut untuk merantau dan menetap di sana?