5. Inilah masa kecemasan, kekalahan, dan kekacauan di Lembah Penglihatan. TUHAN Raja Yang Maha Kuasa telah mendatangkan malapetaka itu. Tembok-tembok kota kita sudah roboh, dan tangisan orang minta tolong bergema di bukit-bukit.
6. Orang Siria datang dengan kuda dan kereta kuda, orang Elam bersenjatakan busur dan panah, dan orang Kir menyiapkan perisai mereka.
7. Lembah-lembah Yehuda yang subur itu penuh dengan kereta kuda, dan pasukan berkuda siap di depan pintu-pintu gerbang Yerusalem.
8. Seluruh pertahanan Yehuda runtuh.Pada waktu itu kamu mengeluarkan senjata dari gedung senjata.
11. kamu membina kolam air di dalam kota bagi menampung air yang mengalir dari kolam yang lama. Tetapi kamu tidak memperhatikan Allah yang sejak dahulu telah merancangkan segala perkara itu dan yang menyebabkan semuanya berlaku.
12. Pada waktu itu TUHAN Raja Yang Maha Kuasa menyuruh kamu menangis dan meratap, mencukur rambut dan memakai kain guni.
13. Tetapi sebaliknya kamu bergembira dan berpesta. Kamu menyembelih domba dan lembu, makan daging, dan minum wain, sambil berkata, “Marilah kita makan dan minum, kerana esok kita akan mati.”