Yesaya 22:20-23 Alkitab Berita Baik (BM)

20. TUHAN berfirman kepada Sebna, “Pada waktu itu, Aku akan memanggil hamba-Ku, Elyakim anak Hilkia.

21. Aku akan mengenakan pakaian kebesaran dan ikat pinggangmu padanya, dan memberikan segala kuasamu kepadanya. Dia akan menjadi seperti bapa kepada penduduk Yerusalem dan Yehuda.

22. Aku akan memberikan kuasa penuh kepadanya di bawah raja keturunan Raja Daud. Dia akan memegang kunci kerajaan. Apa-apa yang dibukanya, tidak dapat ditutup oleh sesiapa pun; dan apa-apa yang ditutupnya, tidak dapat dibuka oleh sesiapa pun.

23. Aku akan mengukuhkan kedudukannya seperti pasak penyangkut yang dipasang kuat. Seluruh keluarganya akan dihormati kerana dia.

Yesaya 22