1. Inilah perkhabaran TUHAN tentang Lembah Penglihatan.Hai penduduk Yerusalem, mengapa kamu semua mengadakan perayaan di bumbung rumah?
2. Tidak patut seluruh kota berpesta dan bersorak gembira.Orang kamu yang mati dalam perang ini bukan mati kerana bertempur.
3. Semua pemimpin kamu lari dan ditawan sebelum mereka sempat membidikkan sebatang anak panah pun.
4. Tinggalkanlah aku seorang diri untuk meratapi semua orangku yang telah mati. Jangan cuba menghibur aku.
5. Inilah masa kecemasan, kekalahan, dan kekacauan di Lembah Penglihatan. TUHAN Raja Yang Maha Kuasa telah mendatangkan malapetaka itu. Tembok-tembok kota kita sudah roboh, dan tangisan orang minta tolong bergema di bukit-bukit.
6. Orang Siria datang dengan kuda dan kereta kuda, orang Elam bersenjatakan busur dan panah, dan orang Kir menyiapkan perisai mereka.
7. Lembah-lembah Yehuda yang subur itu penuh dengan kereta kuda, dan pasukan berkuda siap di depan pintu-pintu gerbang Yerusalem.
8. Seluruh pertahanan Yehuda runtuh.Pada waktu itu kamu mengeluarkan senjata dari gedung senjata.
11. kamu membina kolam air di dalam kota bagi menampung air yang mengalir dari kolam yang lama. Tetapi kamu tidak memperhatikan Allah yang sejak dahulu telah merancangkan segala perkara itu dan yang menyebabkan semuanya berlaku.