Yesaya 2:13-17-18 Alkitab Berita Baik (BM)

13. Dia akan memusnahkan pokok-pokok sedar yang tinggi di Lebanon, dan semua pokok besar di Basan.

14. Dia akan meratakan gunung-gunung tinggi dan bukit-bukit,

15. serta merobohkan tiap-tiap menara tinggi dan tembok kubu.

16. Bahkan kapal-kapal yang terbesar dan terindah akan ditenggelamkan-Nya.

17-18. Kesombongan manusia akan dilenyapkan, dan keangkuhan manusia akan dimusnahkan. Berhala-berhala akan lenyap sama sekali, dan TUHAN sahaja yang akan dipermuliakan pada hari itu.

Yesaya 2