Yesaya 2:1-11 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Inilah perkhabaran tentang Yehuda dan Yerusalem yang diberikan Allah kepada Yesaya anak Amos:

2. Pada masa hadapanbukit tempat Rumah TUHANakan menjadi bukit yang tertinggiantara segala bukit yang lain.Semua bangsa akan berduyun-duyun ke sana,

3. dan mereka akan berkata,“Marilah kita pergi ke bukit TUHAN,ke rumah Allah Israel.Dia akan mengajar kita tentang kehendak-Nya;dan kita akan mengikut jalan yang dipilih-Nya,kerana ajaran TUHAN berasal dari Yerusalem;dari Sion Dia berfirman kepada umat-Nya.”

4. Dia akan menghakimi bangsa-bangsa,dan menyelesaikan perselisihan mereka.Mereka akan menempa pedang menjadi bajak,dan tombak menjadi pisau pemangkas.Bangsa-bangsa tidak lagi berperang,dan tidak lagi bersiap untuk menyerang.

5. Hai keturunan Yakub,marilah kita hidup dalam cahaya yang diberikan TUHAN!

6. Ya Allah, Engkau telah meninggalkan umat-Mu, keturunan Yakub! Negeri ini penuh dengan ilmu sihir dari timur dan dari negeri orang Filistin. Penduduk meniru adat istiadat orang bangsa asing.

7. Negeri mereka penuh dengan perak dan emas; harta benda mereka tidak terhingga. Kuda mereka amat banyak dan kereta kuda mereka tidak terbilang.

8. Negeri mereka penuh dengan berhala, dan mereka menyembah patung-patung yang dibuat oleh mereka sendiri.

9. Tiap-tiap orang akan dihinakan dan dipermalukan. Jangan ampuni mereka, ya TUHAN!

10. Mereka akan bersembunyi di dalam gua di bukit-bukit batu, atau menggali lubang di tanah untuk melarikan diri daripada kemurkaan TUHAN, dan bersembunyi daripada kuasa serta kemuliaan-Nya!

11. Harinya akan tiba apabila kesombongan manusia dilenyapkan, dan keangkuhan manusia dimusnahkan. Barulah TUHAN sahaja yang akan dipermuliakan.

Yesaya 2