4. Benarkanlah kami tinggal di negeri kamu. Lindungilah kami daripada mereka yang hendak membinasakan kami.”(Penindasan dan pemusnahan itu akan berakhir, dan orang yang memusnahkan negeri Israel akan lenyap.
5. Kemudian seorang daripada keturunan Raja Daud akan menjadi raja yang memerintah rakyatnya dengan kasih dan kesetiaan. Baginda akan cepat bertindak untuk melakukan yang benar, dan baginda akan menegakkan keadilan.)
6. Orang Yehuda berkata, “Kami telah mendengar tentang kesombongan orang Moab; betapa angkuhnya dan congkaknya mereka. Tetapi cakap besar mereka itu kosong semata-mata.”
7. Orang Moab akan menangis kerana penderitaan mereka. Mereka akan menangis apabila teringat akan makanan enak yang biasa dimakan mereka di Kir-Hareset. Mereka akan putus asa.