Yesaya 12:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Masanya akan tiba apabila kamu bernyanyi,“TUHAN, aku bersyukur kepada-Mu,kerana Engkau menghibur aku.Dahulu Engkau murka terhadap aku,tetapi kini sudah reda kemurkaan-Mu.

2. Allah ialah Penyelamatku;aku percaya kepada-Nya dan aku tidak takut.TUHAN memberikan kuasa dan kekuatan kepadaku;Dialah Penyelamatku.

3. Sebagaimana air menggembirakan orang dahaga,demikianlah umat Allah bersukacita kerana diselamatkan oleh Allah.”

4. Masanya akan tiba apabila kamu bernyanyi,“Bersyukurlah kepada TUHAN, dan sembahlah Dia!Khabarkanlah perbuatan-Nya kepada bangsa-bangsa.Beritahulah mereka kebesaran-Nya.

5. Bernyanyilah bagi TUHAN kerana perbuatan-Nya yang besar.Hendaklah seluruh bumi mendengar tentang perbuatan-Nya itu.

6. Hendaklah setiap penduduk Sion bersorak dan bernyanyi.Allah yang suci,Allah Israel itu agung,Dia tinggal di tengah-tengah kamu.”

Yesaya 12