8. Hanya Yerusalem yang tinggal. Kota itu pun telah dikepung dan tidak berdaya seperti pondok di tengah-tengah ladang anggur atau sebuah gubuk di kebun timun.
9. Jika TUHAN Yang Maha Kuasa tidak membenarkan beberapa orang hidup, Yerusalem sudah pun musnah sama sekali seperti Sodom dan Gomora dahulu.
10. Hai Yerusalem, pemimpin dan rakyat kamu sama seperti orang Sodom dan Gomora. Dengarlah firman TUHAN kepada kamu. Perhatikanlah ajaran Allah kita.
11. TUHAN berfirman, “Jangan berfikir bahawa Aku mahu segala korban yang terus-menerus kamu persembahkan kepada-Ku! Aku sudah bosan dengan domba yang kamu persembahkan sebagai korban untuk menyenangkan hati-Ku, dan lemak binatang yang digemukkan. Aku jemu dengan darah lembu jantan, domba, dan kambing.