1. Kitab ini mengandungi perkhabaran tentang Yehuda dan Yerusalem yang dinyatakan oleh Allah kepada Yesaya anak Amos pada masa pemerintahan Raja Uzia, Raja Yotam, Raja Ahas, dan Raja Hizkia, iaitu raja-raja Yehuda.
2. TUHAN berfirman, “Hai langit dan bumi, dengarlah firman-Ku! Anak-anak yang Aku besarkan telah memberontak terhadap Aku.
3. Lembu kenal akan pemiliknya, dan keldai pun tahu akan tempat makanan yang disediakan oleh tuannya, tetapi umat-Ku Israel tidak tahu. Mereka tidak memahaminya sama sekali!”