Yeremia 9:1-8 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Alangkah baiknya jika kepalaku seperti perigi yang penuh dengan air,dan mataku seperti pancuran yang terus mengalir,supaya aku dapat menangis siang dan malam,meratapi orang sebangsaku yang dibunuh lawan.

2. Alangkah baiknya jika aku mempunyai tempat menginap di gurun,supaya aku menjauhkan diri daripada bangsaku.Mereka semua tidak setia,mereka orang pengkhianat semuanya.

3. Mereka selalu sedia untuk berdusta;di seluruh negeri, yang benar tidak berkuasa,sebaliknya ketidakjujuran merajalela.TUHAN berfirman,“Umat-Ku tidak henti-henti melakukan kejahatan,mereka tidak mengakui Aku sebagai Allah mereka.”

4. Setiap orang harus waspada terhadap kawan;saudara sekandung pun tidak dapat dipercayai.Mereka seperti Yakub yang menipu saudaranya,dan setiap orang memfitnah kawannya.

5-6. Mereka semua memperdaya kawan,tidak seorang pun yang bercakap benar.Mereka sudah biasa bercakap dusta,mereka tidak mahu berhenti berdosa.Kekejaman demi kekejaman,penipuan demi penipuan,terus-menerus dilakukan.TUHAN berfirman bahawa umat-Nyatidak mahu mengenali Dia.

7. Oleh itu TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman,“Seperti orang memurnikan logam, umat-Ku akan Kuuji,supaya mereka menjadi murni.Apa lagi yang dapat Kulakukanterhadap umat-Ku yang telah melakukan kejahatan?

8. Lidah mereka bagaikan panah yang berbisa;mereka tidak habis-habis berdusta.Kata-kata mereka manis memikat,tetapi sebenarnya mereka memasang jerat.

25-26. TUHAN berfirman, “Masanya akan tiba apabila Aku menghukum orang Mesir, Yehuda, Edom, Amon, Moab, dan penduduk padang gurun yang memendekkan rambut mereka. Semua orang itu telah bersunat, tetapi tidak memegang perjanjian yang dilambangkan oleh sunat itu. Tiada seorang antara mereka dan tiada seorang antara orang Israel yang memegang perjanjian-Ku.”

Yeremia 9