7. Jika kamu mengubah cara hidup dan kelakuan kamu serta berhenti melakukan semua itu, Aku akan membenarkan kamu tetap tinggal di negeri ini yang telah Kuberikan kepada nenek moyang kamu sebagai tanah pusaka.
8. Kamu percaya kepada kata-kata dusta.
9. Kamu mencuri, membunuh, berzina, memberi kesaksian dusta, mempersembahkan korban kepada Baal, dan menyembah dewa-dewa yang tidak pernah kamu kenal.
10. Selepas kamu lakukan semua itu, kamu datang menghadap Aku di Rumah-Ku sendiri, lalu berkata, ‘Kami aman!’ Kemudian kamu meneruskan perbuatan kamu yang keji itu.
11. Adakah kamu menyangka bahawa Rumah-Ku ini tempat persembunyian perompak? Aku telah nampak semua perbuatan kamu itu.
12. Pergilah ke Silo, kota yang mula-mula Kupilih sebagai tempat orang beribadat kepada-Ku. Lihatlah apa yang telah Kulakukan terhadap tempat itu kerana dosa umat-Ku Israel.