Yeremia 51:61-63 Alkitab Berita Baik (BM)

61. Aku berkata kepada Seraya, “Apabila kamu sampai di Babel, usahakanlah supaya semua yang tercatat di dalam kitab ini kamu bacakan kepada orang di sana.

62. Selepas itu berdoalah begini, ‘Ya TUHAN, Engkau telah berfirman bahawa Engkau akan memusnahkan negeri ini, sehingga tiada makhluk apa pun tinggal di sini - tiada manusia dan tiada binatang. Tempat ini akan menjadi seperti gurun selama-lamanya.’

63. Hai Seraya, setelah kamu selesai membacakan isi kitab ini kepada mereka, ikatkanlah kitab ini pada sebuah batu lalu lemparkanlah kedua-duanya ke dalam Sungai Efrat.

Yeremia 51