4. Kemudian aku berfikir,“Mereka hanya rakyat jelata yang tidak tahu apa-apa.Mereka bertindak bodoh;mereka tidak tahu akan tuntutan Allah mereka,dan kehendak TUHAN bagi mereka.
5. Aku akan pergi kepada para pembesardan bercakap dengan mereka.Tentu mereka mengetahui tuntutan Allah mereka,dan suruhan TUHAN mereka.”Tetapi mereka semua menolak kekuasaan TUHANdan tidak mahu mentaati Dia.
6. Itulah sebabnya mereka akan dibunuh oleh singa dari hutan;mereka akan dicabik-cabik oleh serigala dari gurun,dan harimau bintang akan berkeliaran di kota-kota mereka.Jika orang keluar, mereka akan dicabik-cabik,kerana dosa mereka terlalu banyak;mereka telah berkali-kali meninggalkan Allah.
7. TUHAN berfirman, “Mengapakah Aku harus mengampunkan dosa umat-Ku?Mereka telah meninggalkan Akudan menyembah tuhan-tuhan yang palsu.Aku memberi umat-Ku makanan sampai mereka kenyang,tetapi mereka berzinadan pergi ke rumah pelacur.
8. Mereka seperti kuda jantan yang gemuk dan kuat nafsu berahi;masing-masing mengingini isteri orang lain.
9. Tidak patutkah Aku menghukum bangsa seperti itudan membalas perbuatan mereka itu?
10. Aku akan menghantar musuh untuk merosakkan ladang anggur umat-Ku,tetapi bukan untuk memusnahkannya sama sekali.Aku akan menyuruh musuh memangkas ranting pokok anggur,kerana ranting-ranting itu bukan milik-Ku.
11. Penduduk Israel dan Yehuda telah betul-betul mengkhianati Aku.Aku, TUHAN telah berfirman.”
12. Umat TUHAN mengatakan perkara yang tidak benar tentang TUHAN. Mereka berkata, “Dia tidak akan berbuat apa-apa. Kita tidak akan ditimpa bencana; kita tidak akan mengalami peperangan atau kebuluran.”
15. Hai umat Israel, TUHAN sedang mendatangkan suatu bangsa dari negeri jauh untuk menyerang kamu. Bangsa itu sangat kuat dan sudah ada sejak dahulu kala. Kamu tidak memahami bahasa mereka.
16. Para pemanah mereka askar yang gagah berani; mereka membunuh tanpa belas kasihan.
17. Mereka akan menghabiskan hasil tanah dan makanan kamu; mereka akan membunuh anak-anak kamu, baik lelaki mahupun perempuan. Mereka akan menyembelih ternakan lembu dan domba kamu; mereka akan memusnahkan pokok anggur dan pokok ara kamu. Kota-kota berkubu yang kamu harapkan akan dihancurkan oleh tentera mereka.