Yeremia 5:16-21 Alkitab Berita Baik (BM)

16. Para pemanah mereka askar yang gagah berani; mereka membunuh tanpa belas kasihan.

17. Mereka akan menghabiskan hasil tanah dan makanan kamu; mereka akan membunuh anak-anak kamu, baik lelaki mahupun perempuan. Mereka akan menyembelih ternakan lembu dan domba kamu; mereka akan memusnahkan pokok anggur dan pokok ara kamu. Kota-kota berkubu yang kamu harapkan akan dihancurkan oleh tentera mereka.

18. TUHAN berfirman, “Tetapi pada masa itu pun Aku tidak akan memusnahkan umat-Ku sama sekali.

19. Apabila mereka bertanya sebabnya Aku melakukan semua itu, katakanlah hai Yeremia, bahawa sebagaimana mereka meninggalkan Aku di negeri mereka sendiri lalu mengabdikan diri kepada dewa-dewa bangsa lain, begitu juga mereka akan mengabdikan diri kepada bangsa asing di tanah yang bukan negeri mereka.”

20. TUHAN berfirman, “Beritahulah keturunan Yakub yang tinggal di Yehuda:

21. Dengarlah, hai kamu orang bodoh dan tolol! Kamu mempunyai mata tetapi tidak melihat; mempunyai telinga tetapi tidak mendengar!

Yeremia 5