Yeremia 5:1-13-14 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Hai penduduk Yerusalem,susurilah jalan-jalan di kota kamu!Lihatlah di sekeliling kamu!Lihatlah sendiri!Carilah di pasar-pasar!Adakah kamu menjumpai satu orangyang berlaku jujurdan yang berusaha supaya setia kepada Allah?Jika ada, TUHAN akan mengampuni Yerusalem.

10. Aku akan menghantar musuh untuk merosakkan ladang anggur umat-Ku,tetapi bukan untuk memusnahkannya sama sekali.Aku akan menyuruh musuh memangkas ranting pokok anggur,kerana ranting-ranting itu bukan milik-Ku.

11. Penduduk Israel dan Yehuda telah betul-betul mengkhianati Aku.Aku, TUHAN telah berfirman.”

12. Umat TUHAN mengatakan perkara yang tidak benar tentang TUHAN. Mereka berkata, “Dia tidak akan berbuat apa-apa. Kita tidak akan ditimpa bencana; kita tidak akan mengalami peperangan atau kebuluran.”

13-14. Mereka berkata bahawa nabi-nabi itu bercakap angin sahaja kerana mereka tidak mempunyai perkhabaran daripada TUHAN. TUHAN Allah Yang Maha Kuasa berfirman kepadaku, “Hai Yeremia, oleh sebab semua orang ini berkata begitu, Aku akan menjadikan firman-Ku seperti api di dalam mulutmu. Bangsa ini akan menjadi seperti kayu, dan api itu akan membakar mereka.”

Yeremia 5