5. Dengarlah mereka menangis teresak-esakdi sepanjang jalan naik ke kota Luhit,mereka menangis kerana sedih,di sepanjang jalan turun ke kota Horonaim.
6. ‘Cepatlah!’ kata mereka.‘Larilah dan selamatkanlah diri kamu!Berlarilah seperti keldai liar di gurun!’
7. Hai Moab, engkau berharap kepada kekuatan dan kekayaanmu,tetapi sekarang engkau pun akan dikalahkan;Kamos, dewa kamu, bersama dengan para imam dan pegawai pemerintahakan dibuang ke negeri lain.
8. Satu kota pun tidak akan terlepas daripada kemusnahan,bukit dan lembah akan dimusnahkan!Aku, TUHAN, telah berfirman.
9. Sediakanlah batu nisan bagi Moab,negeri itu segera akan dimusnahkan.Kota-kotanya akan runtuh,dan tidak akan dihuni orang lagi.”
10. Kutuklah orang yang tidak melakukan pekerjaan TUHAN dengan sepenuh hati! Kutuklah orang yang tidak menghunus pedang dan melakukan pembunuhan!
11. TUHAN berfirman, “Selama ini Moab sentiasa hidup dengan aman, dan tidak pernah dibuang ke negeri lain. Moab seperti wain yang dibiarkan mengendap, tanpa diganggu atau dituang dari tempayan ke tempayan. Rasanya masih enak dan baunya masih harum.
12. Oleh itu sekarang tibalah masanya Aku menyuruh orang menuang Moab seperti wain. Mereka akan mengosongkan tempayan wain lalu memecahkannya.
13. Kemudian orang Moab akan dikecewakan oleh Kamos, dewa mereka, sebagaimana orang Israel dikecewakan oleh Betel, dewa yang dipercayai mereka.
14. Hai penduduk negeri Moab,mengapa kamu menganggap diri sebagai pahlawan,dan sebagai askar perkasa yang diuji dalam pertempuran?
15. Moab dan kota-kotanya telah dimusnahkan;kaum mudanya yang terbaik telah dibunuh.Akulah raja, TUHAN Yang Maha Kuasa,dan Aku telah berfirman.
16. Malapetaka untuk Moab sudah hampir tiba,tidak lama lagi Moab akan musnah.
17. Berkabunglah bagi bangsa itu,hai penduduk yang berhampiran,kamu semua yang kenal kemasyhurannya.Katakanlah, ‘Kuasa pemerintahannya telah dihancurkan;kemuliaan dan kekuatannya pun sudah lenyap.’
18. Hai kamu yang tinggal di kota Dibon,turunlah dari tempat kamu yang terhormat,dan duduklah dalam debu di tanah.Pemusnah Moab sudah tiba,dan telah memusnahkan semua kubunya.