Yeremia 48:17-27 Alkitab Berita Baik (BM)

17. Berkabunglah bagi bangsa itu,hai penduduk yang berhampiran,kamu semua yang kenal kemasyhurannya.Katakanlah, ‘Kuasa pemerintahannya telah dihancurkan;kemuliaan dan kekuatannya pun sudah lenyap.’

18. Hai kamu yang tinggal di kota Dibon,turunlah dari tempat kamu yang terhormat,dan duduklah dalam debu di tanah.Pemusnah Moab sudah tiba,dan telah memusnahkan semua kubunya.

19. Hai kamu yang tinggal di kota Aroer,berdirilah di tepi jalan dan tunggulah;tanyalah orang yang sedang melarikan diri,tentang hal yang telah terjadi.

20. Mereka akan menjawab, ‘Moab sudah jatuh!Moab telah dipermalukan; tangisilah Moab.Umumkanlah di sepanjang Sungai Arnonbahawa Moab sudah musnah!’

21. Hukuman telah dijatuhkan atas kota-kota di kawasan dataran tinggi: di Holon, Yahas, Mefaat,

22. Dibon, Nebo, Bet-Diblataim,

23. Kiryataim, Bet-Gamul, Bet-Meon,

24. Keriot, dan Bozra. Semua kota negeri Moab, jauh dan dekat, telah dihukum.

25. Kekuatan Moab telah dihancurkan; kuasanya telah dipatahkan. Aku, TUHAN, telah berfirman.”

26. TUHAN berfirman, “Moab telah menyombongkan diri terhadap Aku, kerana itu buatlah dia mabuk. Moab akan berguling-guling dalam muntahnya sendiri, lalu ditertawakan orang.

27. Hai Moab, adakah engkau ingat bahawa dahulu engkau mentertawakan umat Israel dan memfitnah mereka seolah-olah mereka tertangkap basah bersama-sama pencuri?

Yeremia 48