1. Demikianlah firman TUHAN tentang negeri Moab,“Kasihanilah penduduk Nebo -kota mereka sudah musnah!Kota Kiryataim sudah direbut,kubunya yang kuat sudah roboh,dan rakyatnya dipermalukan;
2. kemuliaan Moab sudah lenyap.Musuh telah merebut kota Hesybon;musuh berkomplot untuk memusnahkan bangsa Moab.Kota Madmen akan menjadi lengang;tentera musuh akan menyerangnya.
3. Penduduk kota Horonaim berteriak,‘Keganasan! Kehancuran!’
4. Moab telah dimusnahkan;dengarlah tangisan anak-anak.
5. Dengarlah mereka menangis teresak-esakdi sepanjang jalan naik ke kota Luhit,mereka menangis kerana sedih,di sepanjang jalan turun ke kota Horonaim.
6. ‘Cepatlah!’ kata mereka.‘Larilah dan selamatkanlah diri kamu!Berlarilah seperti keldai liar di gurun!’
7. Hai Moab, engkau berharap kepada kekuatan dan kekayaanmu,tetapi sekarang engkau pun akan dikalahkan;Kamos, dewa kamu, bersama dengan para imam dan pegawai pemerintahakan dibuang ke negeri lain.
8. Satu kota pun tidak akan terlepas daripada kemusnahan,bukit dan lembah akan dimusnahkan!Aku, TUHAN, telah berfirman.