1. Demikianlah firman TUHAN tentang negeri Moab,“Kasihanilah penduduk Nebo -kota mereka sudah musnah!Kota Kiryataim sudah direbut,kubunya yang kuat sudah roboh,dan rakyatnya dipermalukan;
2. kemuliaan Moab sudah lenyap.Musuh telah merebut kota Hesybon;musuh berkomplot untuk memusnahkan bangsa Moab.Kota Madmen akan menjadi lengang;tentera musuh akan menyerangnya.
3. Penduduk kota Horonaim berteriak,‘Keganasan! Kehancuran!’
4. Moab telah dimusnahkan;dengarlah tangisan anak-anak.
5. Dengarlah mereka menangis teresak-esakdi sepanjang jalan naik ke kota Luhit,mereka menangis kerana sedih,di sepanjang jalan turun ke kota Horonaim.
6. ‘Cepatlah!’ kata mereka.‘Larilah dan selamatkanlah diri kamu!Berlarilah seperti keldai liar di gurun!’