11. Hai penduduk Mesir, pergilah ke Gileaddan dapatkanlah ubat!Semua ubat kamu ternyata tidak berguna;tiada satu pun dapat menyembuhkan kamu.
12. Bangsa-bangsa telah mendengar aib kamu;semua orang telah mendengar tangisan kamu.Askar yang satu tersandung pada askar yang lain,lalu kedua-duanya jatuh ke tanah.
13. Ketika Raja Nebukadnezar dari Babilonia, datang menyerang Mesir, TUHAN berfirman kepadaku,
14. “Isytiharkanlah berita ini di kota-kota Mesir,iaitu Migdol, Memfis, dan Tahpanhes,‘Bersedialah membela diri kamu;semua milik kamu akan musnah dalam peperangan!
15. Mengapakah Apis, dewa kamu yang kuat itu jatuh?TUHAN telah memukul dewa itu!’
16. Askar-askar kamu tersandung dan jatuh!Mereka berkata sesama sendiri,‘Cepatlah! Marilah kita pulang kepada bangsa kita,dan melarikan diri dari pedang pembinasa!’
17. Berilah raja Mesir nama yang baru:‘Tukang Bising Yang Melepaskan Peluang.’
18. Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa, Akulah raja.Akulah Allah yang hidup.Sebagaimana Gunung Tabor lebih tinggi daripada gunung lain,dan Gunung Karmel lebih tinggi daripada permukaan laut,demikianlah kekuatan orang yang akan menyerang kamu.
19. Bersiaplah untuk ditawan, hai penduduk Mesir!Memfis akan menjadi padang gurun,runtuhan yang tidak didiami orang.
20. Mesir seperti seekor lembu yang gemuk,tetapi didatangi oleh pikat dari utara.
21. Bahkan askar-askar upahannya puntidak berdaya seperti anak lembu.Mereka tidak dapat bertahan untuk berperang;mereka semua berpaling dan lari.Hari hukuman bagi mereka telah tiba;sudah sampai masa mereka dibinasakan.
22. Mesir melarikan diri sambil berdesis seperti ular,sementara tentera musuh semakin dekat.Musuh menyerang dengan kapak,seperti orang menebang pokok,