1. TUHAN berfirman kepadaku tentang bangsa-bangsa,
2. bermula dengan Mesir. Demikianlah firman-Nya tentang tentera Raja Nekho dari Mesir, yang telah dikalahkan oleh Raja Nebukadnezar dari Babilonia, di Karkemis berhampiran Sungai Efrat pada tahun keempat pemerintahan Raja Yoyakim sebagai raja Yehuda,
3. “Para panglima tentera Mesir memekik,‘Siapkanlah perisai kamu,dan maralah untuk bertempur!
4. Pasanglah abah-abah pada kudadan tunggangilah kuda kamu!Berbarislah dan pakailah topi besi!Asahlah tombak kamu!Pakailah baju zirah kamu!’ ”
5. TUHAN bertanya, “Tetapi apakah yang Aku nampak ini?Mereka mundur ketakutan.Tentera mereka dipukul mundur;mereka lari secepat mungkin,mereka tidak berani menoleh,kerana sangat ketakutan.
6. Mereka yang berlari dengan pantas tidak dapat melepaskan diri;askar-askar tidak dapat melarikan diri.Mereka tersandung dan jatuh,di utara, dekat Sungai Efrat.
7. Siapakah yang naik seperti air Sungai Nil,seperti sungai yang membanjiri tebingnya?
8. Itulah negeri Mesir, yang naik seperti Sungai Nil,seperti sungai yang membanjiri tebingnya.Negeri Mesir berkata, ‘Aku akan naik dan menenggelamkan dunia;aku akan memusnahkan kota-kota dan penduduk di sana.
9. Perintahlah kuda untuk pergi,dan kereta-kereta kuda untuk bergerak laju!Kirimlah askar-askar:orang dari Etiopia dan Libia yang membawa perisai,dan juga pemanah mahir dari Lidia.’ ”