Yeremia 43:11-13 Alkitab Berita Baik (BM)

11. Nebukadnezar akan datang dan mengalahkan Mesir. Mereka yang ditentukan mati kerana penyakit akan mati kerana penyakit, mereka yang ditentukan menjadi tawanan perang akan menjadi tawanan perang, dan mereka yang ditentukan mati dalam peperangan akan mati dalam peperangan.

12. Aku akan membakar kuil-kuil dewa Mesir, dan raja Babilonia pun akan membakar dewa-dewa mereka itu atau membawa semuanya ke tempat lain. Sebagaimana seorang gembala membersihkan pakaiannya daripada kutu, demikian juga raja Babilonia akan membersihkan Mesir lalu berangkat dengan kemenangan.

13. Dia akan merobohkan tugu-tugu berhala di Heliopolis, di Mesir, dan membakar kuil-kuil dewa Mesir.”

Yeremia 43